
Melalui MEB kelak, pendapatan penduduk luar bandar terutamanya golongan petani dapat ditingkatkan lagi melalui pelbagai program pertanian baru seperti projek agropolitan. Selain projek pengeluaran hasil pertanian, penduduk luar bandar akan dibekalkan dengan pelbagai ilmu keusahawanan dan budaya perniagaan. Sebagai contohnya, projek agropolitan Gahai di Kuala Lipis misalnya telah berjaya meningkatkan pendapatan para pesertanya daripada RM450 kepada RM1,700 sebulan selepas dua tahun menyertai projek ini.
Kerajaan harap melalui MEB masyarakat luar bandar dapat mengecapi pendapatan yang lebih tinggi bagi melahirkan masyarakat yang seimbang. Usaha memajukan kawasan luar bandar kini telah memasuki fasa ketiga. Era pertama ialah zaman "Buku Merah dan pembangunan luar bandar, era kedua bila kita telah laksanakan fasa pembangunan negara dan juga misi nasional. Kini kita memasuki fasa ketiga dengan GTP (Program Transformasi kerajaan). Menerusi MEB, kerajaan akan memberi penumpuan kepada usaha untuk meningkat dan penekanan kepada tertumpu kepada high value high income. Pertanian dilihat sebagai satu bidang perniagaan dan ini merupakan ciri-ciri fasa ketiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan