Abdul Taib juga menaikkan jawatan menteri penuh kepada Menteri Muda di pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan latihaan) dan Menteri Muda Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (Pembangunan Wanita) dan Menteri Muda Pemodenan Pertanian (ekonomi Rumah Tangga dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah sebagai Menteri di Pejabat Ketua Menteri. Beliau yang juga Adun Dalat bertanggungjawab dalam pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan keluarga selain menjaga bahagian perancangan dan latihan."Fatimah dilihat berjaya melaksanakan beberapa program khasnya yang melibatkan pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan keluarga dan kita mahu ada seorang menteri penuh untuk melaksanakan dan memantapkan lagi tugas ini," katanya.
Sementara itu Abdul Taib berkata Adun Batu Kawa yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Joo Phoi dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Alam Sekitar).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan