Khamis, 4 Mac 2010

UMNO TIDAK MASUK KE SARAWAK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan parti pimpinannya, UMNO tidak akan mengembangkan sayap ke Sarawak. Menurut beliau yang juga Pengerusi BN pusat, jaminan itu berikutan sokongan kukuh rakyat terhadap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tulang belakang BN negeri. Selagi Parti PBB disokong oleh rakyat di sini, UMNO tidak akan wujud di Sarawak. Parti PBB setia dengan UMNO dan BN. Tidak perlu UMNO mengembangkan sayap ke Sarawak. Parti PBB telah berjalan seiringan dengan UMNO dan BN berlandaskan semangat setiakawan.


Najib memberi jaminan itu tatkala khabar angin mengatakan UMNO akan melebarkan sayap ke Sarawak. Khabar angin yang bukan satu perkara baru, dikaitkan dengan usaha Parti Progresif Penduduk (PPP) yang kini berusaha membuka keahlian di negeri ini. PPP, sebuah parti komponen BN di Semenanjung Malaysia, dipertikaikan berperanan sebagai pembuka laluan bagi UMNO untuk masuk ke Sarawak.

Parti PBB merupakan parti yang setia dalam perjuangan membela nasib rakyat, sama seperti UMNO dan BN. Malah, Parti PBB selama ini mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada rakyat agar terus menyokong kepimpinan BN di negeri ini. Semangat dan sokongan ahli terhadap PBB terbukti dengan sorakan besar daripada para perwakilan pada majlis perasmian perhimpunan itu. Sokongan ahli PBB dan rakyat Sarawak secara amnya, lebih bermakna apabila hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri amat erat, selain mengakui hubungannya dengan Taib semakin rapat. Keakraban pemimpin pusat dan negeri telah memudahkan pelaksanaan dan perancangan pembangunan dilakukan dengan berkesan di Sarawak. Ini adalah cara terbaik dalam bekerja yang membabitkan hubungan rapat antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: