Hujan lebat tidak menghalang lebih 200 pendudukKampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang berdemonstrasi membantahtindakan pemaju yang mahu mengusir mereka bagi memberi laluan kepadaprojek perumahan mewah di situ. Bantahan secara aman yang bermula pada pukul 2.10 petang selepassolat Jumaat 9.7.2010 berlangsung hampir setengah jam dalam keadaan hujan lebatdi hadapan Masjid Jelutong. Rata-rata mereka yang turut disertai wanita memegang sepandukantaranya tertera perkataan-perkataan “Siapakah agaknya yang dapatmenyelamatkan orang Melayu di tanah sendiri?” dan “Pengusiran orangMelayu oleh Lim Guan Eng dan Jeff Ooi”.
Selain itu, ‘Selamatkan Lot 21-22 tanah perkuburan Islam danPerkampungan orang Melayu Penang’, ‘Selamatkanlah Kampung Melayu,jahanamkan DAP’, ‘Pemimpin tolong buka mata’, ‘Di mana pemimpin di masarakyat memerlukan?’ dan ‘Melayu belum merdeka’.
Pengerusi Sementara Badan Bertindak Penduduk Jelutong, OmarAbdullah, 58, berkata, mereka sangat kecewa dan menggambarkan layananyang diterima oleh mereka sebenarnya lebih buruk daripada rakyatPalestin. Mereka dihalau keluar dengan terancang melalui peruntukanundang-undang. Mereka berasa sedih seolah-olah menumpang di tanah sendiri. “Kami bukan tamak atau mahu yang bukan-bukan, kami hanya mahu kekaldi kawasan ini kerana sudah menetap di sini sejak sekian lama. Kamibukannya setinggan, jadi janganlah perlakukan kami sebegini.”
“Di mana Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang(Mansor Othman)? Apa yang merekalakukan? Takkan nak berdiam diri sahaja, jumpalah kami dan bantu kamicari jalan nak selesai masalah ini,” katanya kepada pemberita ketikaditemui. Tambahnya, pihak pemaju sepatutnya perlu lebih prihatin dengan nasibpenduduk kampung dan berbincang mencari jalan penyelesaian dan bukannyadengan cara mengusir penduduk kampung dalam waktu singkat.
Sehubungan itu, Omar berkata, pihaknya akan menghantar satumemorandum kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat supayamengeluarkan arahan meminta projek berkenaan diberhentikan buatsementara waktu untuk memberi ruang perbincangan. Dalam pada itu, seorang Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung JalanPokok Asam, Mohamad Khir Mohamad Said, 44 berkata, penduduk kampungyang rata-rata orang Melayu tidak boleh dipindahkan ke tempat lain. “Kita mahu perkampungan Melayu mesti diwujudkan juga di sini. Pemajuambil rumah kami, jadi mestilah beri kami rumah juga di sini keranadengan duit pampasan yang diberi kita pun tak mampu nak beli rumahmewah yang mereka nak bangunkan.”
Inilah yang akan berlaku di bawah teraju Kerajaan Pakatan Rakyat, keadilan yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat tetap TIDAK ADIL. Banyak lagi insiden sedemikian yang berlaku di negeri lain yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan