Sabtu, 10 Julai 2010
Rocket juga tiada permit?
Selain Suara Keadilan dan Harakah, permit penerbitan bagi sebuah lagi akhbar Pakatan Rakyat -- Roket juga setakat ini masih belum diperbaharui. Tempoh permit bagi akhbar bulanan DAP yang diterbitkan dalam versi bahasa Melayu, Cina dan Inggeris itu telahpun luput. Permit edisi bahasa Inggeris Rocket tamat pada Jun lalu, manakala edisi bahasa Melayu dan bahasa Cina pula masing-masing tamat pada September dan November tahun lalu. Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Namun, KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Rocket. Apakah terbitan akhbar Rocket selama ini adalah haram dan memakai nombor permit lama. Tindakan ini sudah melanggar syarat permit dan edisi baru yang dikeluarkan adalah HARAM. Apatah lagi akhbar ini dijual pada kadar RM2.50 senaskah walaupun nombor permitnya TIDAH SAH lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan