Sabtu, 28 Februari 2009

Sistem Raja Berperlembagaan Berjaya Cegah Gerakan Pelampau

Malaysia adalah antara negara paling beradab dalam kalangan negara Islam berikutan kejayaan sistem Raja Berperlembagaannya dalam membanteras sikap pelampau. Sikap pelampau boleh dianggap sebagai punca utama lahirnya tindakan ganas dan ancaman ini telah berjaya dibanteras oleh Malaysia melalui peranan Raja Berperlembagaan.

Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia mengagumkan kerana ia menjadi faktor penyatu, bukan saja dalam kalangan masyarakat Melayu Islam, tetapi juga dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di seluruh negara."Ia merupakan 'wasatiah' (sikap sederhana) yang baik bagi semua orang. Ia contoh yang baik dan sistem Raja Berperlembagaan amat penting kerana ia melampaui parti politik. Oleh kerana ia tidak mempunyai cita-cita politik, maka negara dan rakyat, terutama golongan belia, boleh mendapat manfaat daripada bimbingan dan nasihat Raja.


Sikap menghormati kerajaan yang dibentuk berasaskan perlembagaan selama ini, telah berubah. Demonstrasi dan sikap pelampau bukan sebahagian daripada budaya Malaysia dan oleh itu pihak yang terlibat dengannya, perlu kembali kepada kewarasan fikiran."Demonstrasi yang dianjurkan pihak tertentu ini lebih mirip kepada apa yang berlaku di negara yang disifatkan sebagai 'republik pisang'. Oleh itu marilah kita menghindarkan dari budaya yang tidak baik ini dan membantu kerajaan pemerintah untuk mengharungi keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, dan janganlah terpengaruh dengan sandiwara parti politik yang hanya mementingkan kepentingan diri.

Tiada ulasan: