Khamis, 26 Februari 2009

BANTUAN PERUNTUKAN SEKOLAH SWASTA CINA DI SARAWAK

Setiausaha Agung SUPP telah menyerahkan peruntukan sejumlah RM920,000 yang telah disalurkan melalui Kementerian Pendidikan kepada 4 buah sekolah Chung Hua Cina di Kuching. Iaitu Sekolah Rendah Chung Hua Tapang RM500,000, Sekolah Rendah Chung Hua Batu Lapan Setengah Jalan Batu Kitang RM300,000, Sekolah Rendah Chung Hua Buntal RM100,000 dan Sekolah Rendah Chung Hua Tondong RM20,000.

Beliau juga memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pendidikan SUPP telah menerima 14 surat dan cek, termasuk 4 sekolah di Bandaraya Kuching, 5 sekolah di Sri Aman, dan yang lainnya di Sibu, Sarikei dan Miri. Bantuan peruntukan untuk kawasan lain akan diagihkan oleh pemimpin parti di kawasan tersebut dalam tempoh 1-2 hari. Dimaklumkan sejumlah 25 sekolah diberikan bantuan tersebut oleh kerajaan Pusat, di mana 11 daripadanya telah disalurkan kepada Lembaga Pengurusan Sekolah berkenaan. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah yang memerlukan kerja pembaikan segera dan pembinaan semula, khususnya sekolah yang mengalami kerosakan yang teruk disebabkan serangga perosak anai-anai. 

Semua ini adalah hasil daripada keperihatinan parti komponen BN-SUPP yang mengambil berat dengan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah Cina di seluruh Sarawak. Parti SUPP telah memajukan permohonan sekolah berkenaan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi dan menyalurkan bantuan peruntukan dengan segera.

Oleh itu masyarakat Cina di Sarawak hendaklah memberi sokongan yang padu kepada kerajaan BN untuk terus menerajui kerajaan negeri. Renungilah apa yang berlaku di negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, hanya sebilangan kecil sekolah sahaja diberi bantuan...apatah dalam keadaan krisis ekonomi yang semakin serius sekarang.

Tiada ulasan: