Rabu, 18 Februari 2009

Pemimpin perlu berakhlak BAIK


Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong telah menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum. Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu. Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur. Beliau telah menawar diri untuk meletak kedua-dua jawatan tersebut demi kepentingan parti. Bagaimanapun, menekankan bahawa beliau mendapat sokongan daripada keluarganya, penyokong, pengundi dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Elizabeth menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan setiap orang mempunyai hak kesalahan dan hak privasi.

Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul adalah kenapa sebagai seorang pemimpin masyarakat boleh memiliki akhlak dan keperibadian yang buruk? Mengapa pula beliau sahaja yang terlibat dalam kes sedemikian, sedangkan wakil rakyat yang lain tidak? Perkara ini juga ditekankan oleh PAS Selangor yang menyatakan perlunya seorang pemimpin memiliki akhlak dan keperibadian yang baik sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan kepada rakyat jelata. PAS Selangor juga berpendapat, sekiranya siasatan mendapati ada masalah kesalahan moral berlaku di pihak Elizabeth, tindakan yang bersesuaian perlu diambil terhadapnya "demi menjaga integriti dan nama baik Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.

Teringat kembali kes Chua Soi Lek di mana beliau telah meletak jawatannya dalam kabinet dan parti yang sehingga kini masih diperkatakan oleh masyarakat tempatan. Begitu juga berlaku kepada ELI yang TERpaksa meletak jawatan kerana isu beliau akan menjatuhkan nama baik parti. Oleh itu seseorang yang ingin menjadi pemimpin masyarakat termasuk wakil rakyat dan pemimpin persatuan tempatan hendaklah menjaga pergerakan, tatatertib dan memiliki akhlak yang baik.
Menyentuh mengenai isu penyebaran gambar dan video lucah, kejadian sedemikian semakin serius berikutan pembangunan pesat alat eletronik dan media masaa internet. Segala perkara yang berlaku boleh dirakamkan dengan mudah melalui telefon bimbit yang canggih dan disebarkan melalui laman internet dengan mudahnya. Kejadian atau "budaya" rakaman peribadi gambar dan video peribadi menjadi trend masa kini sehingga disalahgunakan untuk tujuan yang buruk khususnya di rantau Asia dan keadaan ini semakin serius. Usaha perlu diadakan untuk mengawal penyalahgunaan peralatan elektronik dan media masaa moden, dan juga pendidikan moral yang lebih berkesan kepada golongan belia kita supaya tidak terjerabak dengan perbuatan yang tidak bermoral ini.

Tiada ulasan: