Khamis, 19 Februari 2009

PENYALAHGUNAAN KUASA SPEAKER

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN.

Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian. "Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya." Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan."

Beliau menyatakan kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan."Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewak Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga berkata Sivakumar silap apabila mengumumkan keputusan jawatankuasa itu menggantung Menteri Besar dan enam exco kerajaan negeri. Beliau berkata Sivakumar sepatutnya merahsiakan perkara itu sehingga DUN bersidang. Beliau juga berkata jumlah keahlian jawatankuasa itu adalah tidak tepat."Ia lima berbanding satu selepas 8 Mac. Tetapi pada 2009, ia berbeza. Sekurang-kurangnya ia sepatutnya empat berbanding dua, bagi menggambarkan jumlah wakil daripada parti yang menguasai DUN sekarang.

Ramai juga yang berpendapat cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini ialah menerusi mahkamah. Ini berikutan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar telah membawa ke mahkamah untuk mempertikaian kesahihan kerajaan negeri yang baru. Beberapa ahli politik pembangkang turut tidak bersetuju dengan tindakan Sivakumar."Ia lebih kepada tindakan seorang peguam atau ahli politik. Saya bimbang ia akan memberi kesan timbal balik kepada PKR dan DAP terutama oleh pengundi Melayu.

Yang jelasnya Pakatan Rakyat berusaha dengan sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan BN Perak yang baru dengan menggunakan hak Speaker Dewan Undangan Negeri. Namun mereka lupa akan perlembagaan DUN yang dinyatakan oleh KARPAL yang memerlukan kelulusan DUN terlebih dahulu dan bukannya UMUM bulat-bulat sahaja. Jelas pemimpin-pemimpin pakatan masih belum pandai dalam mengurus pentadbiran kerajaan dan juga belum memahami sebenar perlembagaan sedia ada walaupun mereka telah menerajui 10 bulan...

FIKIRKANLAH SEKIRANYA KERAJAAN PAKATAN WUJUD DI SARAWAK, APAKAH YANG AKAN TERJADI??? KEADAAN AKAN MENJADI HURU-HARA SEPERTI DI PERAK.. RAKYAT YANG MENDERITA, KERANA WUJUDNYA PERGELUTAN KUASA ANTARA PARTI POLITIK SEHINGGA MENGENEPIKAN USAHA UNTUK MENGATASI KRISIS EKONOMI DUNIA YANG SEMAKIN SERIUS. MARILAH KITA MEMPERTAHANKAN KERAJAAN YANG SEDIA ADA....DAN JANGANLAH CUBA TERIKUT-IKUT DENGAN APA YANG BERLAKU DI PERAK...

Tiada ulasan: