Ahad, 2 Ogos 2009

118,000 Terima Bantuan JKM Setiap 1 Haribulan

Sejumlah 118,000 penerima bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan masing-masing pada setiap 1 haribulan bermula Januari 2010. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah itu meliputi bilangan penerima baru serta bilangan keluarga miskin tegar yang berdaftar melalui sistem e-Kasih dan Projek Cari yang dijalankan kementerian berkenaan.

Pihak jabatan akan mulakan proses ini (pemberian bantuan pada 1 hari bulan) yang sebelum ini tidak seragam, secara berperingkat bermula September ini supaya hasrat Jabatan hendak meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah akan tercapai. Selain bantuan kebajikan kepada penerima dibayar pada 1 haribulan setiap bulan, dua lagi sasaran utama Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) ialah membasmi kemiskinan tegar menjelang 31 Dis 2010 dan mewujudkan 4,000 usahawan wanita baru menjelang 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.
Imbang Penuh

Seramai 11,335 daripada 30,552 ketua isi rumah miskin tegar yang direkodkan dalam e-Kasih telah menerima bantuan JKM baru-baru ini, iaitu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.4 juta sebulan. Bakinya tidak diberi bantuan kebajikan kerana antara lain telah menerima bantuan JKM atau daripada agensi kerajaan lain. Bagi mereka yang belum lagi menerima bantuan kerajaan, kementerian akan menyalurkan maklumat kepada agensi kerajaan yang ada untuk mendapat bantuan yang sewajarnya. Kerajaan menakrifkan kemiskinan tegar sebagai isi rumah yang berpendapatan di bawah RM430 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM520 (Sarawak) dan RM540 (Sabah).

Tiada ulasan: