
Defisit bajet 2010 dijangka lebih rendah berbanding tahun ini kerana kerajaan mesti berbelanja lebih untuk meneraju dan menggerakkan semula pengukuhan ekonomi berikutan kurangnya pelaburan daripada pihak swasta akibat
kelembapan ekonomi dunia. Keadaan itu tidak akan menghalang usaha kerajaan untuk mengangkat Malaysia dari sebuah negara berpendapatan pertengahan kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk itu , kerajaan akan menekankan konsep nilai untuk wang, dengan setiap projek yang akan dilaksana, diteliti bagi mengelakpeningkatan kos yang tidak perlu. Pada masa yang sama kerajaan juga akan meneliti pandangan 18 kumpulan tumpuan utama yang terdiri daripada wakil pelbagai sektor, mengenai perkara itu. Maklum balas berkenaan yang dikumpul sehingga hujung bulan ini, akan dikaji sebelum menyediakan Bajet 2010.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan