Beliau berkata kes itu telah berada di peringkat mahkamah dan ia bidang kuasa yang berbeza daripada legislatif. Bagaimana Lim Kit Siang (penasihat DAP, gambar kanan) mahu mencadangkan agar legislatif mempengaruhi kedudukan kehakiman. Ini sudah jadi kacau. Pakatan pembangkang sudah agak bercelaru dan rasa kedudukan mereka agak tergugat tetapi perkara seperti itu tidak boleh dipolitikkan. Perkara itu sudah sampai di peringkat mahkamah, dan biarlah mahkamah menjalankan tanggungjawabnya dan kita perlu menghormatinya.Kita juga jangan menjatuhkan hukuman awal-awal, seolah-olah orang itu sudah bersalah atau tidak bersalah. Ahli Parlimen tahu di mana peranan ahli Parlimen dan di mana peranan hakim dan mahkamah. Kenapa perlu dicampur adukkan kerana ia akan membawa kekeliruan kepada negara.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak berasas. Perbicaraan kes liwat berkenaan bukanlah "perbicaraan politik", sebaliknya ia adalah "perbicaraan peribadi". Ia tidak melibatkan soal dasar kerajaan, tidak melibatkan apa nama pendirian kerajaan pun, ini soal seseorang (Mohd Saiful Bukhari Azlan) yang telah membuat aduan, yang bekerja di pejabatnya sendiri (sebelum ini), ini urusan peribadi sebenarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang meminta satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan kerana kes itu disifatkan Lim telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia. Hanya perkara berhubungan kepentingan nasional, ini merupakan perkara peribadi dan tidak kena mengena langsung dengan kerajaan. Kes liwat berkenaan bukan boleh dibincangkan di sidang Parlimen kerana kes itu kini sedang dibicarakan.
Apa yang dilakukan pihak pembangkang itu kini ialah mereka cuba mengalihkan tumpuan terhadap kes itu dan menggambarkan seolah-olah ia satu perbicaraan politik. Mengulas mengenai tindakan 50 Anggota Parlimen Australia yang membantah perbicaraan kes itu, Najib berkata kerajaan akan memberikan penjelasan kepada mereka. Kerana mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya, mereka hanya dapat maklumat dari pembangkang sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan