
Mempunyai lebih 5,000 anggota berdaftar, cawangan itu dilanda krisis pada tahun lepas, selepas dua pemilihan diadakan yang melantik dua kumpulan pemegang jawatan. CWC parti SUPP kemudian membatalkan keputusan itu dan menggantung cawangan itu, menyebabkan Bintangor kehilangan hak untuk menghantar perwakilan ke persidangan perwakilan tiga tahun sekali (TDC) parti yang diadakan di Kuching pada November lepas. Bagaimanapun, keputusan itu tidak menjejaskan keputusan pemilihan sayap Wanita dan Pemuda cawangan itu yang menurut CWC telah dijalankan dengan betul.
Bagi pemilihan cawangan akan datang, mereka yang telah dipilih pada pemilihan
peringkat cawangan tahun lepas, layak untuk bertanding dengan syarat mereka menjelaskan yuran keanggotaan menjelang 30 September ini. Sambil memberikan jaminan yang beliau akan cuba mengendalikan pemilihan itu secara adil dan saksama, Datuk Peter Chin mengingatkan anggota SUPP di Bintangor bahawa keputusannya kelak amat penting untuk memperkukuhkan kedudukan parti di kawasan itu. SUPP tewas di kerusi Meradong di Bintangor kepada DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 2006. Perpaduan ahli-ahli parti SUPP Bintangor dapat membantu untuk meningkatkan semangat perjuangan ahli parti untuk merampas kembali kerusi tersebut daripada Parti DAP.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan