Ahad, 20 Jun 2010

GUNAKAN KUASA UNDI DENGAN BIJAK

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan bahawa rakyat Sarawak harus bijak dan berhati-hati menggunakan kuasa undi yang ada di tangan mereka untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan juga negeri ini. Undi bukan soal pakai duit dan sebagainya tetapi undi adalah suatu frasa untuk menentukan nasib seluruh generasi rakyat di negeri ini terjamin. Justeru beliau meminta kepada rakyat di seluruh negeri ini agar bijak menggunakan satu-satunya kuasa yang ada di tangan mereka.




Bila kita pandai guna undi, seluruh generasi akan untung tetapi kalau salah guna undi, seluruh generasi susah, rakyat jatuh dan negeri rosak, undi rakyat adalah hak rakyat yang paling berharga. Rakyat di negeri ini terutama yang tinggal di kawasan luar bandar mendambakan kesenangan dan keselesaan hidup, amat bergantung kepada kerjasama baik dengan kerajaan.





Kita tidak banyak kekayaan, lainlah orang kaya boleh memperjuangkan nasib sendiri dengan kekuasaan mereka, tapi kita yang miskin terpaksa menggunakan kekuasaan bersama menerusi program kerajaan untuk mencapai semua kesenangan. Kalau kerajaan baik, nasib kita pun baik, selamat nasib kita, tetapi kalau kerajaan tidak baik, kita hanya mampu berharap sahaja. Dalam konteks ini, rakyat harus pandai menilai yang mana bagus sama ada mereka yang menabur janjikah atau mereka yang bagus bekerja.





Oleh itu, rakyat harus faham hanya pemimpin Barisan Nasional (BN) sahaja yang dapat membawa pembangunan dan pembangkang hanya tahu membantah dan menyumpah sahaja. Terutamanya apabila menjelang pilihan raya, semua parti pembangkang pembangkang nak jadi hero. Dalam wayang bolehlah banyak hero tapi dalam hidup kita, tidak perlu banyak hero kerana banyak masalah yang harus kita selesaikan.

Tiada ulasan: