Ahad, 20 Jun 2010

Sandiwara Politik DAP Sarawak

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan mempertahankan tindakan menggantung Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen jika kes tersebut dibawa ke mahkamah. Speaker DUN Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar berkata, pembelaan dalam isu tersebut adalah berlandaskan prinsip undang-undang, perlembagaan. Tindakan mempertahankan tindakan penggantungan bukan atas alasan politik atau alasan-alasan lain.

Menurut Asfia, keputusan DUN menggantung Chong daripada Parti Tindakan Demokratik selama 12 bulan bersama ADUN Padungan (PKR) Dominique Ng dilakukan berpandukan lunas Peraturan Dewan dan Ordinan Dewan Undangan Negeri (Kuasa dan Keistimewaan) 2007. Keputusan itu tidak harus dicabar di mahkamah, Doktrin pengasingan kuasa harus dihormati dan dipelihara. Chong dan Dominique dijatuhkan hukuman oleh Jawatankuasa Keistimewaan Dewan pada 18 Mei seperti diperuntukkan Seksyen 14 (1), Ordinan (Kuasa dan Ke-istimewaan) 2007.


Chong sebelum ini menyatakan isu penggantungan 12 bulan daripada menghadiri persidangan DUN akan dibawa ke mahkamah untuk menentukan kesahihannya. Sehingga kini Dato Sri Asfia masih belum menerima writ saman daripada Yang Berhormat Encik Chong. Ianya adalah satu lagi sandiwara politik yang cuba dibawakan oleh YB Chong Chieng Jen untuk mengalih perhatian rakyat daripada kesalahan yang dilakukan oleh beliau dalam Persidangan DUN Sarawak yang lepas.


Yang lucu sekali di mana YB Dominique Ng pula cuba mengatasi kawalan ketat di DUN Sarawak untuk masuk ke Bangunan DUN Sarawak walaupun beliau telah diambil tindakan, sampailah ke peringkat menceroboh melalui laluan sungai. Dan beliau telah melawat pengundi kawasan untuk memperjelaskan sebab beliau diambil tindakan oleh Jawatankuasa Keistimewaan DUN Sarawak. Satu sandiwara politik oleh wakil rakyat PKR lagi yang cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung kesalahan yang dilakukan oleh beliau dalam Persidangan DUN Sarawak.

Perucapan wakil rakyat pembangkang Parti DAP yang kasar dan tidak mengutamakan pembentangan usul yang lebih bermakna untuk penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh rakyat tidak disokong oleh wakil rakyat pembangkang DAP sendiri YB ADUN N11 Batu Lintang, sehinggakan beliau telah dituduhkan memburukkan pemimpin Parti DAP dan dibekukan keahlian partinya untuk tempoh 6 bulan. YB ADUN Batu Lintang mempertikaikan tindakan Wakil Rakyat DAP seperti ADUN Padungan, Pending, Meradong dan Bukit Assek yang sering membuang masa untuk perang mulut sahaja, “membuat hal” dan tidak menggunakan masa untuk membentangkan usul yang berfaedah kepada rakyat.

Tiada ulasan: