Bukan sesuatu yang pelik lagi bagi bekas pemimpin atau wakil rakyat yang pernah berada dalam PKR jika Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mau bikin gempak ketika menyerang mereka. Dulu ketika bersama macam-macam rahsia dikongsi bersama. Jadi mereka cukup masak helah dan taktik Anwar bikin cerita nak suruh orang ramai termasuk pemimpin ataupun ahli parti PKR percaya semua cakapnya.
Macam cerita dongeng pelan 16 September dan bilangan serta senarai ahli parlimen BN yang sudah setuju lompat parti sertai pembangkang tawan Putrajaya. Akhirnya semua tertipu termasuk pemimpin PKR sendiri menyebabkan ada yang hilang keyakinan terhadap pimpinan dan perjuangan Anwar lantas mereka keluar parti dan jadi wakil rakyat Bebas.
Bagaimanapun, bagi Anwar cerita yang sudah disetkan dalam kepalanya, jika ada pemimpin PKR keluar atau lompat parti, mereka ini semua kena bayar oleh BN. Bekas pemimpin PKR yang pernah rapat dengan Anwar dan bertindak keluar PKR turut dituduh kena beli atau dapat ganjaran berbuat demikian.
Barangkali sudah terdesak sangat kerana satu demi satu temberang beliau didedahkan bekas wakil rakyat yang keluar PKR, Anwar pada Konvensyen PKR di Kota Bharu, baru-baru ini buat cerita kononnya ada yang keluar parti terima ganjaran RM2 juta. Kenyataan Ketua Pembangkang itu disambut dengan cabaran oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim, ahli parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin supaya Anwar buktikan tuduhan tersebut.
Namun, Anwar hanya membisu tetapi sengaja membangkitkan semula dakwaan itu dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat. Anwar berkata beliau akan memberikan keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta-juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.
"Tahniah...kereta baru, rumah elok...semua orang tahu, satu Pulau Pinang tahu, saya buat ucapan di luar tentang orang yang ambil wang ini, saya dah sebut di luar, saya akan keluarkan kenyataan mengenai orang perantaraan yang sediakan berjuta ringgit pada ketikanya nanti," katanya. Kenyataan itu menyebabkan Zahrain bangun mencelah mencabar Anwar mengemukakan bukti bahawa ahli-ahli Parlimen PKR telah ditawarkan RM2 juta untuk lompat parti.
"Saya terdengar kat luar Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang cabar yang melompat ini kononnya diberi RM2 juta, saya pula nak cabar Yang Berhormat kemukakan bukti...serta bukti 16 September. "Saya minta penjelasan, dah dia cabar saya, saya cabarlah (dia)," katanya termasuk meminta Anwar bersumpah menyatakan perkara itu benar. Selapas itu, Zahrain, Wee, Zulkifli dan seorang lagi bekas ahli parlimen PKR yang keluar parti itu, Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengadakan sidang media bersama-sama mencabar Anwar mengemukakan bukti berhubung tuduhannya itu.
Menurut Zahrain, Anwar tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk membongkar dakwaan tersebut kerana Parlimen adalah tempat terbaik untuk berbuat demikian. "Tadi dia ada cakap pasal rumah baru, kereta baru...dia pun ada. Ini dah jadi macam politik kebudak-budakan. Sekarang saya nak dia kemukakan bukti, kalau tidak tutup mulut jangan cakap," katanya. Zahrain berkata jika gagal mengemukakan bukti, Anwar dianggap tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan wakil kepada rakyat.
Selain itu, mereka akan mengemukan usul merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataan berbohong di Parlimen. Ketika ditemui Agendadaily selepas itu , Zahrain menjelaskan, sebagai ahli perniagaan, tidak salah beliau membeli kereta baru menggantikan kenderaan lama ataupun membeli rumah. “Lagipun harga kereta dan rumah saya tidak semahal kenderaan atau banglo dimiliki oleh Anwar,” katanya.
"Itulah taktik Anwar dengan mengada-adakan cerita tetapi gagal membuktikannya. Zahrain turut mendedahkan pernah satu ketika Anwar memaklumkan beliau ada video berhubung isu gambar-gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri PKR kawasan Bukit Lanjan,Selangor, Elizabeth Wong dan menyifatkan wanita itu tidak patut kekal sebagai wakil rakyat dan Exco kerajaan Selangor. Ketika itu katanya, hubungan Anwar dengan Elizabeth tidak rapat dan mahu beberapa pemimpin PKR terus memainkan isu berkenaan bagi memastikan Eilibeth melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat." “Sampai sekarang Elizabeth masih kekal. Mana dia video itu? Bagi saya Anwar sengaja buat cerita semata-mata nak minta kami sokongnya singkirkan Elizabeth,” ujar Zahrain.
Yang Berhormat Elizabeth Wong mungkin sekarang tidak dapat tidur nyenyak seperti dalam gambar meletup yang diambil tanpa disedarinya dalam rumahnya. Isu itu sudah lama sejuk manakala teman lelakinya,seorang pemuda Melayu aktivis PKR terus menghilang sampai ke hari ini. Elizabeth juga sudah lama kembali jadi wakil rakyat macam tidak ada apa yang berlaku setelah timbul desas desus mungkin kosongkan kerusi ADUN Bukit Lanjan,Selangor sewaktu isu gambarnya jadi bualan hangat.
Ramai yang tersenyum sinis melihat bagaimana usaha ' mengsucikannya' selepas itu.Ini termasuk muncul dengan berbaju kurung atas pentas ceramah PAS di Kelantan sekalipun satu dunia tahu beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam yang curi ambil gambarnya itu. Apa agaknya perasaan Elizabeth bila mendengar kisahnya kembali hangat apalagi ia bukan bergegar di warong kopi atau kaki lima tetapi dalam sidang Dewan Rakyat. Rupanya bukan setakat gambar mengiurkan sedang tidor nyenyak tetapi ikut ceritanya ada video aksi seksnya. Menariknya yang didakwa buka cerita pasal itu bukan orang lain tetapi bos PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendedahan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim yang juga bekas sahabat baik Anwar semasa membahaskan Rancangan Malaysia ke 10 di Dewan Rakyat Selasa. Bekas Ahli Parlimen PKR itu membuat dakwaan itu bukan tidak bersebab. Ini untuk menguatkan hujahnya setelah menyifatkan Ketua Pembangkang itu patut digelar "Ketua Pembohong" kerana sentiasa membuat pembohongan tanpa rasa malu demi mencapai hasratnya untuk berkuasa.
"Pembohongan demi pembohongan terus dilakukan tanpa sebarang rasa malu demi mencapai matlamat merampas Putrajaya. Bak kata seorang rakan beliau, itulah kelebihan Permatang Pauh, dia langsung tiada maruah dan harga diri," katanya. " Lying is speaking to him ," tambahnya. "Saya masih ingat bagaimana beliau membohongi kami mengenai isu skandal seks YB Elizabeth Wong dari Bukit Lanjan. "Semasa skandal seks itu memuncak beliau memanggil kami dan memberi taklimat kononnya YB Elizabeth Wong mesti berhenti dan meletak jawatan Exco (Selangor) dan ADUN,kerana katanya bukan sahaja gambar yang tersebar,beliau pernah melihat video YB Elizabeth dengan perlakuan seks kononnya,termasuk acara makan ' ais krim" katanya.
"Kami semua terkedu dengan kenyataan beliau itu.Malahan beliau nyatakan akan menunjukkan video itu kepada kami. "Tapi hingga hari ini habuk pun tarak.YB Elizabeth Wong masih kekal dijawatannya.Sebaliknya YB Kulim Bandar Bharu (Zulkifli Nordin) yang mengkritik Menteri Besar Selangor ( Tan Sri Khalid Ibrahim) kerana mengekalkan YB Elizabeth Wong yang akhirnya dipecat daripada parti apabila cuba mempertahankan Islam."
Sehari sebelum itu, Zahrain yang ditemui Agendadaily di lobi Parlimen mendakwa waktu itu Anwar mahu beberapa pemimpin PKR terus memainkan isu berkenaan bagi memastikan Elizabeth melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. "Sampai sekarang Elizabeth masih kekal. Mana dia video itu? Bagi saya Anwar sengaja buat cerita semata-mata nak minta kami sokongnya (singkir Elizabeth)," ujar Zahrain. Soalnya sekarang bagaimana agaknya Elizabeth nak mengadap bosnya setelah mendengar apa yang didakwa oleh Zahrain itu ?.Juga apakah Anwar nak menafikan dakwaan terbaru yang Ahli Parlimen Bayan Baru itu bagi contoh untuk gelarnya sebagai ' Ketua Pembohong"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan