Pelantikan Encik Lo Khere Chiang, berusia 50 tahun sebagai pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang baru tidak harus dijadikan isu perkauman sebaliknya diterima semua pihak dengan konsep 1Malaysia. Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata demi-kian ketika mengumumkan pelantikan Lo, seorang jurutera selepas dipersetujui Kabinet pada 17.6.2010.Situasi sama dengan pelantikan Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar. Sudah tentu kita cuba mendapatkan perwakilan untuk semua pihak tetapi jika tiada orang yang layak menjawat tugas tertentu. Encik Lo yang juga ahli majlis MPP bagi tempoh agak lama dipilih kerana diyakini boleh melaksanakan dan meneruskan projek pembangunan MPP secepat mungkin memandangkan beliau banyak mengetahui selok-belok pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu. Lo calon paling sesuai dan layak berdasarkan latar belakang serta kewibawaannya bukan kerana pengaruhnya dalam politik. Beliau hanya Setiausaha SUPP Cawangan Kota Sentosa. Jawatan pengerusi MPP kosong lebih dua bulan selepas penyandangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah Tan Joo Phoi dilantik Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri berkuat kuasa 2 April 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan