Rabu, 5 November 2008

Bajet Pakej Ransangan RM7 Bilion

Bajet pakej rangsangan RM7 bilion mencukupi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi semasa, dengan memastikan peruntukan bajet dibelanjakan secara berkesan. Kerajaan tidak perlu mendapatkan pinjaman di luar negara memandangkan terdapat mudah tunai yang banyak dalam sistem kewangan domestik. Kerajaan juga akan menerbitkan bon sekiranya terdapat keperluan kewangan, dan defisit semasa berada pada paras yang boleh diurus. Kita belajar daripada krisis ekonomi 1997/1998 bahawa bajet pengembangan perlu semasa tempoh kelembapan ekonomi.

Agensi kerajaan juga dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan paras kemiskinan melalui sumbangan modal kepada individu. Kadar simpanan yang tinggi di Malaysia pada 37 peratus akan menyediakan asas yang kukuh kepada sistem kewangan. Walaubagaimanapun, memandangkan Malaysia bersepadu dalam sistem kewangan global, ia tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada negara-negara lain yang terjejas oleh kemelesetan ekonomi.

Pakej rangsangan yang diumumkan semalam termasuk projek-projek yang boleh mewujudkan kesan berganda terhadap ekonomi, menyokong ekonomi dengan persekitaran semasa yang mencabar dalam ekonomi global. Syarikat-syarikat yang membayar cukai yang lebih rendah berikutan kesan daripada kelembapanan ekonomi global mungkin mempunyai kesan terhadap pendapatan kerajaan. Kerajaan yang berhasrat untuk melihat pengurangan kemiskinan, akan menggalakkan lebih banyak skim pembiayaan terutamanya dalam skim kredit mikro oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berjumlah RM532,000 dan memberi faedah kepada 325 individu. AIM menyediakan skim pembayaran semula tanpa memerlukan penjamin dan cagaran, dan membantu dan melahirkan lebih banyak usahawan.

Tiada ulasan: