Khamis, 13 November 2008

S'gor bantu penghuni PPR bayar sewa, satu pertanyaan???


Saya terkilan dengan keinginan Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan yang tinggal Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menyelesaikan masalah sewa mereka. Pada 7 November yang lalu, seramai 100 penduduk dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8 Kota Damansara dan Lembah Subang membantah kenaikan sewa rumah yang berkuatkuasa sejak Ogos lepas di mana kenaikan dari RM124 ke RM250 yang ditetapkan kerajaan Selangor tidak berpatutan dan membebankan memandangkan majoriti penduduk adalah dari kalangan keluarga miskin. Kebanyakan penduduk berpendapatan kurang dari RM600 sebulan dan kenaikan berkenaan memberikan kesan terutamanya kos sara hidup yang semakin meningkat. Apakah tindakan tersebut hanya diambil setelah penduduk membantah..

Nyata Kerajaan Selangor masih belum mahir dalam mentadbir negeri, sudahlah peruntukan tidak, kini pula ditambahkan bebanan baru kononnya untuk mengembalikan sokongan dari golongan penduduk rumah PPR yang telah diberi tamparan yang BERAT. Yang menghairankan kenapa bantuan tersebut diberi kepada golongan yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan bukannya RM860 pendapatan keluarga miskin yang diiktirafkan di seluruh negara. Apakah kerajaan Selangor menjaga kebajikan rakyat miskin atau orang KAYA?

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) BERSEPADU dimulakan bertujuan untuk menempatkan setinggan-setinggan yang terlibat dengan projek-projek pembangunan kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang dalam Negeri Selangor. PPR dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia ke-7 berikutan dengan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada bulan Disember 1998 untuk dilaksanakan dengan serta merta bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi menerusi aktiviti sektor pembinaan khususnya dalam pembangunan rumah kos rendah dan mengadakan kemudahan perumahan untuk disewa kepada setinggan sebagai meneruskan usaha penyelesaian masalah setinggan dan perumahan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lain-lain bandar-bandar utama ke arah pencapaian matlamat setinggan sifar menjelang tahun 2005..Agensi pelaksanaan bagi PPR ini ialah Jabatan Perumahan Negara. Kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tanah hendaklah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Pada peringkat awal perancangan, tapak yang disediakan hendaklah tapak yang sedia untuk dimajukan. JPN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas projek PPR termasuk perancangan awal, perlantikan juru perunding, pengurusan tender dan lain-lain. Pelaksanaan program ini adalah secara 'fast-track' dengan beberapa kelonggaran peraturan diberikan untuk mempercepatkan siap projek.

Ciri-ciri PPR
Sasaran-Setinggan yang berpendapatan rendah.
Jenis rumah-11-14 atau 16-18 Tingkat di kawasan bandar-bandar besar & 5 tingkat di bandar-bandar kecil.
Kelulusan-Tidak kurang 60 meter persegi (650 kps)
Binaan-3 Bilik Tidur,1 Ruang Tamu,1 Ruang Dapur, 1 Bilik Air, 1 Tandas (CUKUP SELESA DENGAN BAYARAN SEWA YANG MURAH, SEMUANYA DISUBSIDIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN)

Tiada ulasan: