Sabtu, 15 November 2008

Larian anti-ISA DAP cukup GILA

Larian anti-ISA sejauh 350km ke Kem Tahanan Kamunting, anjuran DAP, bermula di Pandamaran, Selangor pagi tadi. Naib Presiden DAP dan bekas tahanan ISA, Tan Kok Wai melepaskan larian tersebut di kampung baru Pandaran pada jam 8.15 pagi, selepas memberi ucapan ringkas.Menurutnya, larian itu diadakan bagi menyuarakan kekecewaan rakyat terhadap penggunaan berterusan undang-undang ISA."Kita mendesak kerajaan supaya membebaskan segera dan tanpa syarat kesemua tahanan ISA," katanya di hadapan kira-kira 50 ahli parti yang hadir. Larian yang dikenali sebagai 'Larian Kebebasan' - itu juga untuk mendesak kerajaan supaya menarik balik perintah pengharaman Hindraf. Dan ia juga melambangkan kesaksamaan, kebebasan dan untuk menggesa rakyat Malaysia bersatu untuk 'bergerak ke hadapan'Hadir memberi sokongan ialah penulis blog Raja Petra kamaruddin dan isterinya.

Pada pendapat saya aktiviti yang anjurkan cukup GILA, apatah lagi hanya 50 orang GILA sahaja yang hadir. Mengapa RAJA petra pula terlibat dalam aktiviti yang diharamkan ini? apakah beliau tidak mengendahkan amaran yang diberikan oleh pihak Polis sebelum ini? NYATA pembangkang DAP suka melanggar undang-undang negara, mereka ini suka ajar orang ramai melanggar undang-undang untuk kepentingan pembangkang sahaja..Apakah yang telah dilakukan oleh mereka untuk menyelesaikan masalah rakyat? Mereka ini hanya tahu membuat KACAU sahaja..

Walaubagaiamanapun, saya bersyukur kerana ramai yang tidak menyertai kegiatan GILA tersebut, dan ini membuktikan rakyat kawasan tidak setuju dengan kegiatan tersebut...kepada mereka yang terlibat, saya sarankan supaya balik ke sekolah lagi untuk memperlajari matapelajaran sejarah dan pengetahuan am....janganlah ikut sahaja apa yang orang kata...FIKIRLAH dan IMBAS KEMBALI INTIPATI YANG TERKANDUNG DALAM SEJARAH NEGARA KITA..

Tiada ulasan: