
Dalam pada itu, pemilik hypermarket bersetuju mempertingkatkan program menggalakkan penjualan produk pertanian tempatan di premis masing-masing. Langkah itu sebagai usaha untuk mempertingkatkan lebih banyak lagi produk pertanian dan industri asas tani dijual di hypermarket dan dapat menembusi pasaran global melalui rangkaian mereka di luar negara. Mereka bersetuju berkongsi pangkalan data dengan kerajaan bagi mengetahui sejauh mana mereka mempromosi dan menjual produk pertanian dan industri asas tani serta produk yang diperlukan dalam kuantiti yang besar. Selain itu, pemilik berkenaan juga bersetuju memberikan latihan kepada pengusaha pertanian bagi memperbaiki aspek pembungkusan dan kualiti produk yang dipasarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan