Khamis, 27 November 2008

"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

Semasa lawatan rombongan SUPP Cawangan Kuching ke pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada 25.11.2008 yang lalu, Datuk Bandar telah melauhkan rasa tidak paus hati dengan parti SUPP yang jarang-jarang membawa masalah penduduk kawasan kepada pengetahuan Majlis Banadaraya Kuching Selatan untuk diselesaikan. Yang mengerunkan lagi beliau memuji parti DAP yang seringkali membawa masalah penduduk kawasan untuk pengetahuan MBKS. Apa dah jadi ni? Siapa yang membayar gajinya? Dia pula yang melawan taukenya sekarang.

Sebenarnya masalah penduduk kawasan senangtiasa diajukan kepada MBKS, DBKU dan MPP serta agensi berkenaan oleh parti komponen BN Sarawak termasuk PBB, SUPP, SPDP dan PRS. Dan bukan sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Bandar, semuanya adalah TIDAK BENAR. Ahli-ahli, pekerja parti serta Ahli Majlis MBKS juga mengadu bahawa Datuk Bandar JAMES tidak mahu mendengar dan tidak mengendahkan sebarang permasalahan penduduk kawasan yang dinyatakan oleh mereka. Perbuatan beliau telah menyebabkan ramai pegawai MBKS yang mengikut jejak beliau dan tidak mahu menerima aduan permasalahan yang diusulkan oleh parti komponen BN. Datuk Bandar dipertikaikan lebih mendengar kenyataan parti DAP dan PKR sahaja, dan perbuatannya akan menjejaskan lagi sokongan warga bandaraya terhadap BN.

Pegawai yang dilantik hendaklah menghormati profesionnya dan juga menjaga nama baik majikannya dan bukannya memburuk-buruk nama majikan di sebaliknya. Tindakan tegas dan cepat perlu dilakukan untuk menghentikan budaya ini sebelum ianya merebak dengan dengan meluasnya.

Tiada ulasan: