
CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menerima cadangan mereka dalam perkara ini. Kongres telah memohon kemudahan itu untuk sekian lama dan bersyukur kerana akhirnya tertunai. CUEPACS kini menunggu surat pekeliling rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum menasihatkan semua ahli yang terbabit. Pengumuman mengenai opsyen kepada mereka yang dibawah skim KWSP untuk memilih skim pencen dibuat oleh Perdana Menteri pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam, dan tempoh membuat pilihan itu adalah dari 1 Jan hingga 31 Jan 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari. Selain daripada itu, CUEPACS juga bangga bahawa bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1 Januari depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan