Ahad, 29 Mac 2009

BN Berpeluang Baik Di Batang Ai

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud optimis dengan peluang Barisan Nasional pada pilihan raya kecil di Batang Ai pada 7 April ini. BN mempunyai peluang yang baik, BN ada calon yang amat baik. kata Taib yang juga Pengerusi BN negeri kepada pemberita selepas jurutera Malcolm Mussem Lamoh, 49, disahkan sebagai calon BN oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya kawasan itu Nelson Mujah Girie.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang hadir di pusat penamaan calon bahawa calon Parti Keadilan Rakyat Jawah Gerang, boleh memenangi kerusi itu, sebenarnya Khalid tidak mengetahui Sarawak dengan begitu mendalam untuk membuat kenyataan itu. Khalid yakin dengan peluang PKR berikutan kertas pencalonan calon Bebas Johnni Chuat, 38, ditolak yang kemudiannya mengumumkan menyokong Jawah.

Jika dibuat perbandingan antara kedua calon itu, mereka adalah jauh berbeza. Mussem mempunyai pengetahuan yang baik dalam operasi pentadbiran. Beliau tidak perlu menjerit atau menyalahkan orang lain untuk berkhidmat kepada rakyat. Beliau melayan semua orang di bawahnya sebagai kawan supaya mereka mudah bekerja denganya. Beliau adalah calon terbaik bagi rakyat kawasan ini.

Sebaliknya, bagi Jawah yang pernah berkhidmat dengan kerajaan selama lima penggal sebagai Anggota Parlimen Lubok Antu, kini mahu menyalahkan orang lain atas kegagalannya. Dalam memilih calon, penduduk Batang Ai perlu melihat kepada calon yang boleh berkhidmat kepada mereka dan bukan setakat pandai berjanji. Berhubung serangan peribadi yang dilancarkan pembangkang terhadap beliau dalam kempen mereka, Taib berkata mereka akan menggunakan pelbagai taktik kerana sudah kehilangan modal. Taib sudah lama berkhidmat di negeri ini dan rakyat sudah melihat pembaharuan yang dibuat bagi merubah wajah negeri ini sehingga apa yang anda boleh lihat sekarang.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta pengundi di kawasan Batang Ai supaya tidak mudah termakan dengan janji pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mereka hanya pandai membuat janji. Shafie berkata apa yang berlaku di Perak dan Selangor harus menjadi tauladan kepada rakyat di Sarawak yang selama ini hidup dengan aman dan harmoni. Pemimpin dalam PKR banyak janji kepada rakyat dan janji itu hanyalah kosong. Dakwaan pemimpin PKR yang mengatakan rakyat di Sarawak termasuk di Sabah telah dipinggirkan oleh kerajaan pusat adalah satu perkara yang salah. Beliau berkata selama ini kerajaan pusat begitu prihatin kepada rakyat di kedua-dua negeri dan ia terbukti dengan wujudnya beberapa program jangka panjang dan jangka pendek untuk kesenangan rakyat.

Shafie yakin calon BN, Mussem mampu untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di Batang Ai kerana beliau berpengalaman dalam bidang pertanian dan mampu mengubah nasib rakyat di kawasan Batang Ai yang perlukan lebih banyak kemajuan. Calon pembangkang hari ini pernah jadi anggota parlimen di sini, dia tidak boleh buat kerja jadi kenapa harus rakyat pilih.

Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau percaya BN akan terus menang di Batang Ai kerana tidak ada parti lain selain BN yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dan mengambil berat kebaikan rakyat. Rakyat akan menolak pembangkang yang datang dengan membawa pembohongan dan andaian palsu menjanjikan "bulan dan bintang" yang akan diberikan dalam masa terdekat. Dengan calon seperti Mussem, bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, beliau mampu membawa kemajuan kepada penduduk kawasan Batang Ai.

Keputusan pilihan raya kecil kawasan Batang Ai nanti tidak boleh dijadikan satu ukuran menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 2011 kerana keadaannya berbeza. Beliau berkata pilihan raya kecil, seperti yang akan diadakan pada 7 April di kawasan majoriti Iban yang mempunyai 8,006 pengundi ini, mungkin ada faktor dan isu tempatan semasa. Dalam sejarah banyak pilihan raya kecil telah diadakan. Ada pihak pembangkang menang dan ada kerajaan Barisan Nasional (BN) menang tetapi keputusan pada pilihan raya umum nanti adalah perkara yang berbeza. Pilihan raya kecil Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan calon PKR Jawah Gerang.

Tiada ulasan: