Sabtu, 28 Mac 2009

Jangan Politikkan Kebajikan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Ng Yen Yen Jumaat mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan isu kebajikan kerana semua golongan rakyat miskin tanpa membezakan fahaman politik perlu diberi bantuan. Kementerian tidak pernah meminggirkan mana-mana keluarga miskin untuk menerima bantuan walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) langsung tidak pilih kasih, sesiapa sahaja yang layak memohon akan diberi kelulusan dan beliau tidak suka mana-mana pihak mempolitikkan isu kebajikan.



Sebagai bukti, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sahaja, JKM telah mengeluarkan sebanyak RM8.9 juta untuk 22,268 penduduk negeri ini yang terpilih menerima bantuan. Kementerian menjangkakan perbelanjaan peruntukan untuk negeri Kedah akan mencecah sebanyak RM50 juta, sepanjang tahun 2009 ekoran wujudnya program Cari. Sejak program itu dilancarkan pada Oktober tahun lalu, kementeriannya telah menerima sebanyak 12,800 permohonan di negeri Kedah. Daripada jumlah itu sebanyak 6,600 permohonan telah diluluskan, selebihnya tidak diluluskan kerana tidak menepati syarat-syarat, antaranya pendapatan isi rumah mestilah tidak melebihi RM720. Beliau juga turut menasihati masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya JKM tidak menyumbangkan bantuan untuk segelintir golongan miskin. Jangan mudah percaya kalau ada orang mengaku semua bantuan daripada dia, bukan daripada JKM.



Sementara itu, JKM Kedah telah mengenalpasti satu kes penipuan membabitkan penjualan borang permohonan bantuan jabatan itu secara haram di sekitar daerah Kuala Muda. JKM tidak pernah jual borang kerana ia percuma. Kalau tidak tahu macam mana nak mohon bantuan, telefon nombor 15999 untuk keterangan. Beliau berkata kes seumpama itu tidak pernah berlaku di negeri lain sebelum ini dan tindakan pihak tersebut boleh menjejaskan kredibiliti pegawai JKM. Oleh itu janganlah mudah terpedaya dengan fitnah-fitnah mereka yang tidak bertanggungjawab dan hanya inginkan kepentingan sendiri sahaja, khususnya ahli-ahli politik yang suka memutarbelitkan sesuatu dasar untuk kepentingan politik peribadinya TERUTAMANYA dari PARTI PEMBANGKANG.....

Tiada ulasan: